Pelaksanaan program pemulihan di sekolah-sekolah rendah bermatlamat untuk membantu murid mengatasi masalah pembeajaran dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu. Selain itu, pelaksanaan program pemulihan bukan sahaja membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, malah juga memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Namun, agak munasabah bagi pengubahan sikap negative dan pemupukan sikap positif dalam kalangan murid kerana perbuatan tersebut mesti dijalankan serentak dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran khas untuk menjamin keberkesanan maksimum program pemulihan. Di samping itu, masalah pembelajaran murid juga tidak ketara, faktor sosio-ekonomi atau sosio-budaya mampu mempengaruhi murid-murid. Murid-murid tertentu mungkin tidak boleh menguasai sesuatu kemahiran yang dapat dikuasai oleh rakan-rakan sebayanya. Maka ciri belajar inilah menyebabkan murid itu dinamakan murid lambat. Murid lambat merupakan murid normal yang gagal menguasai sesuatu kemahiran yang biasanya boleh dikuasai oleh rakan sebayanya. Oleh itu, pentingnya pelaksanaan program pemulihan untuk membantu murid-murid lambat untuk menggeratkan jurang perbezaan taraf pencapaian dengan murid-murid yang normal.
Menurut Brennan (1974), perlunya program pemulihan dilaksanakan untuk memberi bantuan khas kepada murid lambat demi mengatasi masalah pembelajaran masing-masing dan mengembangkan potensi perseorangan seberapa yang mungkin agar mereka boleh menjadi warga negara yang berguna kelak. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang diperluukan serta potensi yang ada pada diri mereka akan terbenam begitu sahaja. Hal ini menyebabkan mereka bukan sahaja tidak dapat memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara, sebaliknya mungkin membebankan mereka.
Jika keadaan ini berlaku, sudah tentu ia akan merugikan negara kerana pembaziran potensi dan bakat insan yang bakal dicungkil untuk membangunkan negara demi mencapai wawasan 2020. Oleh yang demikian, demi meminimumkan pembaziran pendidikan yang mungkin berlaku, pendidikan pemulihan yang berkesan wajar dijalankan bermula dari sekolah rendah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar daripada rebungnya”. Jika pendidikan pemulihan awal diterapkan kepada murid-murid lambat sejak kecil, besar kemungkinan dapat mengatasi masalah pembelajaran mereka serta menjayakan mereka untuk menjadi insan yang cemerlang pada masa yang akan datang.
Pendidikan pemulihan juga bertujuan untuk mencegah kegagalan dalam pendidikan. Hal ini disebabkan pendidikan pemulihan menekankan prinsip ‘memulihakan masalah seawal yang mungkin’ untuk mencegahnya daripada menjadi bertambah serius sehingga ia tidak dapatt dirawat lagi. Oleh itu, pelaksanaan program pemulihan mementingkan murid sekolah rendah serta murid prasekolah sebagai sasarannya. Pada masa ini, program pemulihan menekankan murid-murid lambat di peringkat Tahap I iaitu Tahun 1 hingga 3 dan dasar ini menepati prinsip tersebut di atas.
Pengajaran pemulihan perlu dilaksanakan seawal mungkin demi mencegah kesan kumulatif yang berlaku apabila masalah pembelajaran seseorang murid tidak diberi perhatian sejak Tahun 1 dan dibawa ke Tahun yang seterusnya. Jika keadaan ini terbiar dan berterusan maka ia akan menjadi semakin sukar untuk dikawal. Apabila kesulitan belajar murid-murid lambat ini semakin meruncing hingga mereka berasa tidak berdaya serta hilang minat terhadap pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Jadi, pengajaran pemulihan dari Tahap I harus dijalankan demi mencegah seberapa yang mungkin masalah pembelajaran supaya masalah tersebut tidak dibawa ke Tahap II lalu menjejaskan pembelajaran murid-murid tersebut.
Menurut Brennan (1974), beliau mencadangkan satu keseimbangan antara 2 jenis kurikulum yang seimbang yang meliputi aktiviti pembelajaran untuk mencapai kehalusan atau penguasaan dan ini termasuklah aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan mata pelajaran asas yang dianggap boleh dikuasai oleh murid lambat dalam jangka masa pendidikan formal. Aktiviti yang kedua ialah aktiviti yang cuba mengaitkan kandungan kurikulum dengan ‘cabaran-cabaran kehidupan’ yang mungkin dihadapi dalam masyarakat terbuka. Brennan menyifatkan jenis aktiviti ini sebagai pembelajaran untuk kesedaran yang bertujuan untuk membolehkan murid lambat menjalinkan hubungan mesra dengan persekitarannya.
Konklusinya, amat penting keperluan pelaksanaan program pemuihan di sekolah rendah untuk meminimumkan masalah pembelajaran murid sekolah rendah supaya tidak dibawa kepada sekolah menengah serta menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka di peringkat persekolahan.
No comments:
Post a Comment